Wednesday, January 2, 2013

Cara Untuk Menghapuskan Virus Shortcut~

Salam,

Aku kan berkongsi cara untuk menghilangkan atau membuang sebarang flash drive seperti pendrive, memory card dan hard disk yang terkena atau dijangkiti oleh Virus Shortcut.

Untuk pengenalan virus shortcut ani kerajanya menghilangkan file atau folder dalam ertikata lain telah dighaibkan dari dalam flash drive yang telah dijangkiti. File atau folder tersebut sebenarnya tidak hilang, ianya sebenarnya masih ada di dalam drive tersebut. Jika flash drive tersebut masih belum diformat setelah dijangkiti, insyallah file atau folder yang hilang ada dalam flash drive tersebut akan dapat dikembalikan semula.

Untuk tidak membuang masa mari kita tengok bagaimana cara untuk menghilangkan virus ini. Langkah-langkahnya amat senang saja.

Ikut langkah-langkah berikut:

  1. Takan "Start"
  2. Run "CMD" - taip "cmd" pada petak search dan takan enter.
  3. Copy ani - attrib -h -r -s /s /d k:\*.*
  4. Paste ke CMD (skrin hitam) - tukar kan perkataan k: mengikut di mana flash drive yang akan dijangkiti. Contoh nya jika pendrive ada label E: KINGSTONE, maka paste attrib -h -r -s /s /d e:\*.*
  5. Selepas paste di skrin hitam anda takan enter. Tunggu prosses siap. Sudah selesai anda boleh tutup skrin hitam dan boleh check flash drive yang telah dijangkiti tersebut.
Insyallah Virus Shortcut telah dihapuskan.