Sunday, June 28, 2009

A Collage Of Polaroids Dalam Satu Gambar

Salam,

Ani kali pertama aku bagi tutorial mengenai photoshop mungkin banyak kekurangannya. Ok lah kali ani aku kan menunjukkan tutorial photoshop dengan simple saja supaya kamu sanang belajar cara membuatnya.

Dalam tutorial ani, kita kan belajar untuk mengedit satu gambar apa saja gambarnya lah contohnya macam gambar family kah, gambar ehem-ehem kah, gambar landscape kah dan macam-macam lagi gambar lah untuk dijadikan “a collage of polaroids” dalam gambar atu. Polaroid ani adalah sejenis gambar yang kalasik ah yang bulih tulis sesuatu di bawah gambar atu. Cakap banyak pun nda guna jua kan nda jua kamu paham. Bah mari tah aku menunjukkan…

original final-result(Klik untuk image besar)

 

Baiklah kita mulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim…..

Langkah 1: Duplicate background layer

Awal sekali buka gambar yang kan kamu edit. ok kamu kan dapat melihat macam gambar di bawah (gambar nya nda pulang sama)..

photoshop-layers-palette

Untuk shortcut duplicate layer, pakai keyboard takan “Ctrl+J”. pastikan kamu clik rah gambar atu dulu baru kamu takan “Ctrl+J”. kamu kan meliat seperti gambar di bawah. Ada gambar yang sama keluar tapi namanya “Layer 1” dan pastikan “Layer 1” berada di atas “Background”.

background-copy-layer

Langkah 2: Tambah Layer kosong di antara kedua-dua layers

Lapas atu kitani tambah satu lagi layer kosong di antara kedua-dua layer atu. pada kebiasaannya kalau layer yang kita pilih atu layer atu ada warna biru kan. selalunya kalau kitani kan manambah layer, photoshop selalunya mengeluarkan layer atu di atas layer yang kita pilih. Tapi kita mau layer kosong atu arah di antara kedua-dua layer atu (maksudnya di bawah layer 1) bukan di atas layer 1 ingat tu. Cara untuk membuatkan layer atu di bawah layer 1, tahan butang Ctrl dan lapas tu takan butang “Create a New Layer” terletak di bawah rah bahagian layer, liat gambar bawah..

new-layer-icon ok pastinya kamu dapat macam image di bawah. photoshop mengeluarkan layer baru iaitu “Layer 2” di antara “layer 1” dan Background.

new-blank-layer

Langkah 3: Isi Layer 2 dengan warna hitam

Kitani kan menggunakan background layer 2 warna hitam sebagai effect. Jadinya reset dulu warna foreground sama background dengan menekan butang ”D” pada keyboard anda. ok kamu kan melihat warna foreground warna hitam dan background warna putih. cuba liat image d bawah yath sudah 2:

color-swatchesok kalau sudah foreground dan background kamu macam image di atas, baru tah kitani isi layer 2 atu dengan warna hitam dengan menggunakan shortcut keyboard “Atl+Backspace”. kita akan dapat lihat arah bahagian layers atu layer 2 berwarna hitam, arah image banar nada berlaku perubahan pasal layer 1 ada. liat gambar di bawah ani:

filled-with-black

Langkah 4: Tambah layer baru lagi

Dengan memastikan layer 2 kitani pilih, takan lagi “Create New Layer”.

new-layer-icon-2 Photoshop akan menambah Layer kosong yang baru atu di atas Layer 2 namanya “Layer 3”. liat gambar di bawah":

layer-3

Langkah 5: Mengeluarkan petak segi empat untuk polaroid pertama

Takan butang “Rectangular Marquee Tool” arah tools button a yang di sebalah kiri. mun payah mencari takan “M” saja arah keyboard.

rectangular-marquee-toolLapas atu dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool, buat empat segi rah gambar atu untuk polaroid pertama kamu. terpulang rah kamu cana basarnya. jangan jua luan-luan basar. Dimana saja lah kmu pilih buat empat segi atu kepala kah, kaki kah,muka kah. contohnya macam image di bawah ne:

drag-selection

Langkah 6: Isi pilihan tadi dengan warna hitam

Masa ne kitani perlu isi arah empat segi yang kita buat atu. nda pulang jadi masalah kalau kita isi dengan warna lain. untuk simple nya masa ne foreground kitani warna hitam, jadinya taruskan lah pakai warna hitam saja. ok pasti kan kamu takan dan pilih “layer 3” lapas atu kamu takan “Atl+Backspace” untuk shortcut mengisi empat segi atu warna foreground kitani yaitu warna hitam. kita dapat lihat nada apa-apa berlaku pada gambar atu pasal layer 1 memblock. tapi arah tools layers kitani dapat liat ada layers hitam kan. liat image di bawah.

layer-3-thumbnail

 Langkah 7: Membuat clipping mask dari empat segi yang dibuat tadi

Kita akan menggunakan empat segi yang kita isi dengan warna hitam tadi untuk membuat “Clipping Mask” untuk layer di atasnya iaitu layer 1 yang mengandungi copy gambar yang original. layer ini akan di “Clip” kan oleh empat segi yang kita buat tadi atu. dalam erti kata lain, bahagian yang nampak dalam layer ani hanya arah empat segi yang kitani buat atu. bahagian yang lain nda akan nampak dan akan jadi hitam.

ok lah untuk membuat clipping mask atu, mesti kamu pilih dan takan arah layer 1. liat rah tools atas sekali ada nama nya “Layer” takan tia lapas atu cari “Create Clipping Mask” kalau dapat dah takan tia, atau kalau mau mudah ckit takan ja rah keyboard “Ctrl+Alt+G”, mau lagi mudah sanang saja “right click” saja arah layer 1 atu takan tia “Create Clipping Mask”. Dengan cara tadi atu photoshop mengclip gambar atu arah layer 1, hanya akan melihatkan gambar pilihan kitani dan yang lain warna hitam saja dari layer 2. macam gambar di bawah:

clipping-maskkalau di lihat dari tools layers, arah Layer 1 ada menunjukkan arrow damit kebawah. menunjukkan layer atu telah diclip oleh layer dibawahnya. liat contoh di bawah:

layer-1-clipped

Langkah 8: Tambah Layer kosong di atas layer 2

Kita perlukan layer baru, dan kita perlukan layer baru atu di antara layer 2 dan layer 3. caranya mesti takan arah layer 2 lapas atu baru takan lagi “Create New Layer”. liat gambar di bawah mun alum tau:

new-layer-2photoshop akan menambah layer kosong yang baru di antara layer 2 dan layer 3 diberi nama “Layer 4”. image nya seperti di bawah:

layer-4

 Langkah 9: Mengeluarkan lagi petak empat segi untuk border polaroid

Dengan menekan Rectangular Marquee Tool (shortcutnya “M”), keluarkan lagi satu petak segi empat di sekeliling gambar yang telah di pilih untuk dijadikan border polaroid. pastikan ada ruang pada bahagian bawah gambar supaya dapat menulis sesuatu di bawahnya. contohnya macam gambar di bawah:

drag-selection-2

 Langkah 10: Isikan petak baru tadi dengan warna putih

memandangkan pada kebiasaannya gambar-gambar Polaroid bewarna putih, jadinya kita pakai putih saja. ok pastikan anda pilih dan menekan layer 4. memandangkan masa ani warna background kitani warna putih, kita pakai shortcut keyboard saja “Ctrl+Backspace” untuk mengisi petak atu dengan warna putih. Takan butang “D” jika telah deselect(menghilangkan petak yang begaris-garis). sekarang kita telah membuat satu gambar polaroid.

first-polaroid

Langkah 11: Menambah drop shadow style

kita ada sudah satu gambar polaroid, dan kita kan buat lagi banyak-banyak nanti. Tapi sebelum atu kita bagi bayang-bayang dulu arah gambar polaroid atu. kita nda pulang dapat melihat bayang atu buat masa ani. kalau sudah siap karang baru tah. cara membuatnya pastikan memilih layer 4, takan butang “Add a layer style” di bawah tool layer atau tool di atas cari perkataan “layer” lapas atu cari “Layer Style”. macam image di bawah:

layer-styles-icon Pilih “Drop Shadow” dari list layer style:

select-drop-shadow photoshop akan mengeluarkan dialog box set seperti gambar di bawah. aku memilih untuk menset shadow Angle ke 120° dan Opacity kepada 30%.

drop-shadow-optionsTakan ok untuk keluar layer style dialog box. seperti yang aku bagitau tadi kamu balum dapat nampak shadow atu lagi. sabar ada tu karang.

Langkah 12: Memusing gambar Polaroid

aku kan memusing sedikit gambar polaroid atu biar rugerd sikit. untuk membuat sedemikian kita perlu memilih kedua-dua layer iaitu layer 3 dan layer 4. memandangkan kita sudah memilih layer 4 masa ani, kita hanya pelu tahan “Shift” dan tekan arah “Layer 3”. kedua-dua layer telah terpilih dan akan bewarna biru.

two-layers-selectedDengan kedua-dua layer telah dipilih, aku kan membuka photoshop free transform di sekeliling gambar polaroid atu. caranya dengan shortcut keyboard “Ctrl+T”. Untuk memusing gambar atu garakkan mouse cursor kamu arah corner gambar polaroid atu, ada arrow belingkok yatah sudah tu. kalau kamu takan lapas atu garakkan gambar kamu atu kan bepusing. kamu pilih lah cemana kamu mau pusing nya. nda paham liat bawah:

rotate-polaroidkamu bulih jua tukar tempat gambar polaroid atu dengan menekan di tengah-tengah gambar polaroid atu lapas atu garakkan tia di mana saja kamu suka. kamu dapat lihat gambar yang di dalam stay saja yang gambar polaroid saja yang begarak.

sudah puas kamu memusing-musing, membasarkan kah, melalih-lalih kah, kalau kamu rasa ok sudah takan ja “Enter” .

Langkah 13: Satukan kesemua tiga layer untuk membuat polaroid

kita sudah ada satu gambar polaroid yang complete, tapi sebelum atu satukan dulu ketiga-tiga layer atu. Layer 1, layer 3 dan Layer 4. Masa ani kita sudah memilih Layer 3 dan Layer 4 kan, kita kan memilih Layer 1 lagi caranya takan “Shift” lapas atu takan “Layer 1”. jadinya ketiga-tiga sudah kita pilih dan berwarna biru.

select-three-layers

Kemudian dengan ketiga-tiga layers tersebut, kita group kan dengan menekan shortcut “Ctrl+G”. kamu akan dapat melehat layer-layer tadi hilang dan digantikan dengan “Group 1”. dalam group atu mengandungi ketiga-tiga layer sebelum ini. jika di tekan pada segitiga yang ada arah Group 1 atu akan mengeluarkan ketiga-tiga layer yang hilang tersebut.

layer-group

 Langkah 14: Duplicate  Layer Group

Kita akan gunakan layer group ani untuk membuat gambar polaroid yang kedua, untuk membuat semua atu kita perlu duplicate dulu. caranya pastikan pilih dan tahan “Group 1” lapas atu drag atau tarik saja arah “Create a New Layer” terletak di bawah tool layer.

drag-groupBila kamu lapaskan, kamu dapat melihat copy group layer atu di atas Group 1 namanya “Group 1 Copy”. liat image di bawah:

group-1-copysekarang kita ada dua gambar polaroid.

Langkah 15: Mengerakkan dan memeusing gambar polaroid yang kedua dengan menggunakan Free Transform Comand

sama jua macam awal-awal kitani membuat yang rah original polaroid atu. kita click saja arah triangle “Group 1 Copy”, tiga layers akan kelihatan. so takan dan pilih saja arah “Layer 3 copy” dan “Layer 4 copy”, pakai “Shift” kalau kamu kn menakan lagi satu layer atu. Liat image di bawah:

group-1-2-layers Kalau sudah kamu buat macam di atas, Takan “Ctrl+T”. macam biasa lah garakkan saja gambar atu arah lain, yg gambar awal-awal nda begarak tu. ok buat lah aba yanga kamu suka pusing-pusing kah. ikut suka ati kamu.

drag-second-polaroid Kalau kamu liat ada nampak shadow dah kan kalau kamu ampai atas gambar lagi satu. ok la tu.cua liat gambar di bawah:

two-polaroids-added

Langkah 16: Tambah, Ubah dan pusing lagi banyak-banyak gambar polaroid sesuka ati kamu

ok buat masa ani kamu dah ada dua gambar polaroid. tambah tia lagi sebanyak-banyaknya yang kamu suka jangan tah watir nada papa tu. macam biasa lah ikut langkah 14 & 15, sanang saja tu. drag saja Group 1 kah, 2 kah nada jadi masalah tu. ikut lah kekriatifan kamu membuat. ok jika ada masalah comment kah atau rah shout mix kah drop saja. insyallah aku cuba menyelesaikan.

setelah 16 gambar polaroid ku masukkan ani tah jadi nya:

final-result

ok lah, ikuti saja blog ku manatau ada baru. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment